fb fb fb fb fb

JAKIM lantik tujuh panel ketuai Pusat Penyelidikan Hadith

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Tujuh panel pemikir hadis dilantik bagi mengetuai Pusat Penyelidikan Hadith di bawah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) .

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, pusat penyelidikan tersebut akan menyelaras kajian dan rujukan hadis sahih kepada masyarakat di samping mengelakkan perbalahan.

Jelas beliau, panel pemikir hadis yang dilantik terdiri daripada golongan intelektual hadis dalam kalangan pensyarah universiti.

"Kita nak menyatukan masyarakat ini dengan ilmu, menyatukan ummah ni dengan ilmu, itu tujuannya.

Kita tak nak lagi berlaku pertelagahan dalam kalangan masyarakat, ia merugikan," katanya selepas menghadiri Konvesyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2022 di sini.

(Datuk Idris Ahmad)

JAKIM turut menyediakan laman sesawang myhadith.islam.gov.my bagi memudahkan orang ramai mendapatkan informasi terkini berkaitan hadis.

Datuk Idris turut meletakkan bidang penyelidikan berkenan dalam Pelan Strategik Agensi Hal Ehwal Agama 2022-2026 melalui Kluster Transformasi Penyampaian Perkhidmatan.

Selain itu, beliau turut melancarkan Pusat Maklumat Penyelidikan Islam di bawah seliaan JAKIM sebagai pusat sehenti secara maya bagi berkongsi hasil-hasil kajian JAKIM kepada masyarakat yang boleh dilayari menerusi laman sesawang ciri.islam.gov.my.

Media Baharu