fb fb fb fb fb

Perak peroleh kebenaran merancang perlombongan Lintonite

IPOH, 16 Ogos- Kerajaan negeri Perak telah memperoleh kebenaran merancang bagi aktiviti perlombongan nadir bumi yang dikenal pasti sebagai 'Lintonite' di Hulu Perak.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kelulusan yang diberi oleh Majlis Daerah Gerik itu adalah bersyarat.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, minggu lalu.

"Kita perlu juga mendapat dua lagi sijil, antaranya ialah Sijil Pemantauan Alam Sekitar (EMP), yang ini kita belum dapat, jadi selagi kita tidak dapat penuhinya, kita tidak akan memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan untuk beroperasi.

Oleh kerana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat maka kita wajib untuk mematuhi keseluruhannya, baru kita boleh laksanakan operasi berkenaan," katanya pada program Jalinan Mesra bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di sini.

(Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar)

Tambah beliau, tempoh masa perolehan EMP adalah bergantung kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Media Baharu