fb fb fb fb fb

JAKIM di arah berhubung MCMC berkaitan aplikasi Hijrah Diri

PUTRAJAYA, 18 Mac- Susulan aplikasi Hijrah Diri yang telah dikeluarkan dari Google Play, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam hantaran Facebook rasminya malam tadi, Datuk Idris berkata, perkara itu sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri telah dinafikan golongan tertentu apatah lagi menjelang bulan Ramadan.

Sedangkan katanya, banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad

Beliau turut memohon semua umat Islam dan rakyat Malaysia mendoakan agar usaha kecil pihaknya melalui agensi utama iaitu JAKIM untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dipermudahkan.

Aplikasi Hijrah Diri dibangunkan JAKIM bagi mengajak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) untuk kembali kepada fitrah masing-masing.

Media Baharu