fb fb fb fb fb

JAINJ, JKR Johor siasat punca siling jatuh

JOHOR BAHRU, 16 September- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor sedang menyiasat punca berlakunya dua keping siling jatuh di ruang utama Masjid Taman Pulai Indah, Johor, pada pukul 10.00 malam, kelmarin. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, siasatan akan dijalankan melibatkan pelbagai pihak manakala kos baik pulih kerosakan ditanggung kerajaan negeri. 

"Masjid tersebut adalah masjid yang baru, namun pihak kami juga terkejut dengan kejadian yang berlaku. Siling runtuh dan ianya berlaku di luar ruang solat pada pukul 10.00 malam.

"Kita difahamkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku namun kita telah minta jabtan agama Islam sendiri membuat semakan berkenaan permasalahan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini.

Tiada sebarang aktiviti ibadah dibenarkan dalam kawasan berkenaan dan kawasan lapang sekitar masjid yang dibenarkan untuk digunakan sehingga laporan keselamatan dikeluarkan JKR.

Mohd Fared meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang bercanggah dengan kejadian itu bagi mengelakkan sebaran maklumat yang tidak sahih. 

(Mohd Fared Mohd Khalid)

Media Baharu