fb fb fb fb fb

JAINJ bakal lancar kutipan setiap masjid dan surau, bantu mangsa gempa

(Masjid Sultan Ismail Batu Pahat / Foto FB Masjid Sultan Ismail Batu Pahat)

JOHOR BAHRU, 12 Februari - Jabatan Agama Islam Negeri Johor, (JAINJ) bakal melancarkan inisiatif kutipan sumbangan melibatkan masjid serta surau seluruh negeri, bagi membantu mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Usaha itu susulan daripada inisiatif awal yang digerakkan pihak masjid di daerah Batu Pahat baru-baru ini.


(EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid)

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sebanyak 838 masjid dan 1,972 surau akan terlibat bagi menjayakan kutipan sumbangan tersebut

"Semangat ini juga kita ambil sempena keprihatinan DYMM Sultan Johor apabila baginda telah menyumbangkan secara peribadi AS$1 juta untuk mangsa-mangsa di negara tersebut yang terkesan dengan bencana gempa bumi, jadi Tuanku dah tunjuk keprihatinannya, alhamdullillah masjid di Batu Pahat pun sudah mulakan kutipan untuk sumbangan," katanya.

Beliau menyasarkan tempoh sebulan bagi menggerakkan kutipan sumbangan di masjid dan surau seluruh negeri, sebelum dapat diserahkan kepada mangsa-mangsa di dua negara terbabit..

Rabu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbangkan AS$1 juta kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.


Media Baharu