fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah, hampir 2,000 penduduk Telok Mas dapat manfaat

TELOK MAS, 12 Februari- Jualan Rahmah Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Melaka memberi manfaat kepada hampir 2,000 penduduk sekitar kawasan itu.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, inisiatif itu bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat terutama mereka daripada kumpulan B40.

"Jualan yang diadakan sebulan sekali di DUN tersebut, menawarkan harga berpatutan selain barang basah yang masih segar.

"Turut dijual, 1,000 ekor ayam dengan harga RM10 seekor dan 1,000 papan telur ayam," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas berkata, usaha tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai pemimpin kawasan itu.

Justeru, beliau berharap lebih ramai pemimpin dapat melakukan perkara sama, agar dapat meringankan beban rakyat, selain menjadikan ia sebagai platform untuk bersua dan mendengar keluhan masyarakat di kawasan tersebut.


(Abdul Razak berkata, usaha tersebut adalah sebahagian daripada
tanggungjawabnya sebagai pemimpin kawasan itu)

Media Baharu