fb fb fb fb fb

Program Shadowing School, perkasa latihan penguruan

KOTA BHARU, 12 Februari- Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Kota Bharu, Kelantan memperkasa latihan perguruan dengan kerjasama sekolah sekitar menerusi Program Shadowing School.

Pengarahnya, Dr Khairuddin Said berkata, ia bertujuan membentuk semangat guru menerusi pengalaman secara praktikal kepada siswanya daripada peringkat awal bukan hanya di peringkat praktikum sahaja.

Setakat ini, program yang bermula sejak September tahun lalu itu membabitkan dua buah sekolah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Hashim dan juga SK Pengkalan Chepa.

Pihak sekolah berkenaan boleh memanggil pelajar IPG Kota Bharu untuk bekerjasama menerusi aktiviti yang sesuai pada bila-bila masa.

"Setakat ini pihak sekolah kerap memanggil pelajar kami untuk berkongsi kolaboratif idea dan tenaga dalam pelaksanaan beberapa program. Ia satu peluang yang baik untuk pelajar mendapat pengalaman sebenar terutama melibatkan urus tadbir di sekolah," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, pihaknya mensasarkan empat lagi sekolah berhampiran bagi menjalankan program terbabit tahun ini.


(Mengulas lanjut, pihaknya mensasarkan empat lagi sekolah berhampiran
bagi menjalankan program terbabit tahun ini)

Media Baharu