fb fb fb fb fb

Jabatan Pertanian kenal pasti dua spesis kumbang rosakkan tanaman kelapa, kelapa sawit

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Mat Iesak Ngathinee/ Foto RTM

BATU PAHAT, 18 September - Jabatan Pertanian mengenal pasti dua spesis kumbang yang mampu merosakkan tanaman kelapa dan kelapa sawit dalam negara, seterusnya menjejaskan produktiviti dan hasil tanaman berkenaan.

Spesis tersebut, Kumbang Merah Palma mula dikesan di Kelantan, pada tahun 2005, manakala Kumbang Badak Guam dikesan di Lahad Datu, Sabah pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Mat Iesak Ngathinee berkata serangan spesis kumbang invasif itu memberi kesan kepada pekebun kecil, pengusaha dan negara.

"Daripada 59 spesis yang dikenalpasti sebagai IAS tadi, dua spesis adalah untuk tanaman kelapa sawit, pekebun boleh menghubungi pihak Jabatan Pertanian, dan Jabatan Pertanian akan membuat kajian bagi mengesahkan berkenaan kerosakan -kerosakan dan seterusnya mengambil langkah perlu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Ancaman Spesis Asing Invasif Terhadap Tanaman Kelapa dan Kelapa Sawit, di sini hari ini.

Tambahnya, para pekebun diminta cakna dan mengenal pasti kehadiran kumbang invasif itu bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN