KUALA LUMPUR, 28 Mac- Jabatan Peguam Negara telah diarahkan mengkaji untuk menubuhkan satu badan bebas sebagai mekanisme bagi menyiasat dakwaan atau tuduhan terhadap semua agensi penguatkuasaan.
Ia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu penting kerana jika ada sebarang tuduhan, terdapat badan bebas untuk menyiasatnya.
"Sekarang saya sudah minta Jabatan Peguam Negara mengkaji semua cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan, kalau ada tuduhan khas untuk pegawai SPRM, Jabatan Imigresen, Kastam atau polis, maka ada badan bebas dalam bentuk sama ada suruhanjaya namun saya belum pasti.
"Tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguatkuasaan ini tak siasat sendiri, tetapi ada badan lain bebas yang akan menyiasat," katanya.
(Foto hiasan)
Berita berkaitan:
5 badan pemantau bebas, profesional dilantik perkukuh kedudukan SPRM
Beliau menjawab soalan tambahan Wakil Damansara Gobind Singh Deo yang meminta sama ada akan wujud satu badan bebas untuk menyiasat pegawai tertinggi seperti SPRM sekiranya ada sebarang pertuduhan atau aduan.