fb fb fb fb fb

5 badan pemantau bebas, profesional dilantik perkukuh kedudukan SPRM

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak serta tidak tertakluk di bawah arahan Perdana Menteri di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima badan pemantau bebas dan profesional telah dilantik bagi memperkukuh kedudukan SPRM.

Badan itu ialah Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan Pencegahan Rasuah.

"Saya tidak bermasalah untuk menimbang syor transpercu antarabangsa dan lain-lain saya tidak fikir kita harus menggunakan perubahan semata-mata dengan syor ini.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kita juga tentulah sebaik ada pekembangan syor ini haruslah dikemukakan pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti supaya keupayaan SPRM itu dapat ditingkatkan dan tidak ada kekangan campur tangan, dibimbangi akan menjejaskan usaha pelaksanaan membanteras rasuah," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan wakil Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang meminta Perdana Menteri menyatakan kesediaan kerajaan melaksanakan syor daripada Transparency International Malaysia (TI-M) supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah bidang kuasa parlimen dan bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Media Baharu