fb fb fb fb fb

Jabatan Imigresen serbu kondominium mewah, enam warganegara Afrika ditahan terlibat aktiviti pelacuran

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Taktik menukar tempat penginapan untuk melakukan aktiviti pelacuran akhirnya berjaya dikesan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam Operasi Noda diketuai JIM, menyerbu salah sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan telah menahan seramai enam wanita warganegara Afrika.

Lima daripadanya didapati telah menyalahgunakan visa pelajar, manakala seorang lagi menggunakan pas lawatan melancong yang tamat tempoh untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, siasatan mendapati aktiviti pelacuran tersebut sudah dijalankan sejak lebih empat bulan.

Kebanyakan pelanggan mereka terdiri daripada warga Afrika dan juga rakyat tempatan.

" Berdasarkan pada kesalahan yang dilakukan, mereka didapati menyalahgunakan pas pelajar yang diberikan dan ia satu kesalahan di bawah Perkara 39B Peraturan Imigresen, mereka akan ditahan di depoh dan akan diusir ke negara asal masing-masing serta akan diharamkan seumur hidup daripada memasuki Malaysia " kata beliau.

Khairul berkata antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

 

Media Baharu