fb fb fb fb fb

Banjir di empat negeri bertambah baik


KUALA LUMPUR, 7 Januari - Keadaan banjir di empat negeri, Pahang, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan bertambah baik dengan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan malam tadi.

Di Pahang, setakat 11 malam tadi jumlah penduduk terjejas banjir turun kepada 399 orang daripada 123 buah keluarga masih ditempatkan di 12 PPS membabitkan daerah Temerloh, Pekan, Bera dan Rompin.

Di Melaka, turut menyaksikan penurunan kepada 406 orang daripada 108 keluarga berbanding 418 orang daripada 111 keluarga pada 4 petang semalam.

Kesemua penduduk terjejas adalah dari satu kawasan di Alor Gajah.

Di Sabah, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 202 orang daripada 50 keluarga .

Dua lagi PPS ditutup masing-masing satu di Sandakan dan Paitan apabila kesemua yang terkesan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Negeri Sembilan, turut menyaksikan penurunan setakat 11 malam tadi dengan 69 individu membabitkan 17 keluarga di tiga PPS .

Di Johor, PPS terakhir di Mersing ditutup, sekali gus menjadikan hanya empat daerah terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, jumlah penduduk terjejas sedikit meningkat kepada 4 ribu 475 berbanding 3 ribu 985 petang semalam.

Media Baharu