fb fb fb fb fb

Isu kos operasi sawit, KPPK adakan perbincangan dengan pihak berwajib

KAMPAR, 30 Mac - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melakukan perbincangan dengan kementerian berkaitan berhubung isu peningkatan kos operasi industri kelapa sawit negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata isu berkenaan bukan saja dihadapi negara tetapi di peringkat global.

Justeru pihaknya akan mencari mekanisme terbaik dalam mengatasi isu tersebut, disamping menyarankan bantuan daripada pihak bawahan turut digerakkan.

(Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata pihaknya akan mencari mekanisme
terbaik dalam mengatasi isu tersebut)

"Kami menggalakkan supaya koperasi-koperasi membeli secara pukal untuk bantu pekebun kecil. Isu kita, pekebun kecil melibatkan 500,000

"Ini memang kerajaan ambil berat sangat sebab mereka ini memberi sumbangan yang amat besar kepada pendapatan negara," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen satu pelajar 10 pokok di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di sini.

Media Baharu