fb fb fb fb fb

Isu keselamatan siber terus diberi perhatian

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek

LABUAN, 13 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memberi perhatian terhadap keselamatan siber, selain aspek jenayah siber atau 'Cyber Bully'.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek berkata, usaha dipergiat khusus melibatkan penguatkuasaan serta pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat agar ia dapat ditangani secara bersama.

Katanya, menerusi program Klik dengan Bijak (KDB) yang berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara ia adalah usaha bagi meningkatkan rasa tanggungjawab disalur kepada komuniti.

Melalui karnival itu, ibu bapa dan kanak-kanak didedahan dengan peranan serta kefahaman penggunaan media sosial dengan bijak dan selamat, selain bahaya media sosial yang tidak terkawal serta kesedaran terhadap undang-undang dan peraturan yang terpakai di alam siber, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Jenayah Komputer 1997.

"Kalau kita melihat kes-kes yang terkini dan sebagainya, yang boleh saya katakan jenayah ini merbahaya. Jika ia tidak dikawal dan ditangani, isu ini..'Cyber Bully' akan menjadi kebiasaan pada masa akan datang," kata Simsudin ketika merasmikan program Jom Bijak Internet, di sini.

Pada karnival itu lebih 10 reruai daripada agensi kerajaan dibuka.

Jom Bijak Internet berkisar kepada tiga aspek utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.

TETITIA YUSOFF