fb fb fb fb fb

Isu kekurangan guru berjaya diatasi

Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan

BANGI, 3 Julai - Pelbagai inisiatif dan reformasi yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengatasi isu kekurangan guru dalam negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu dicapai hasil sinergi antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelas beliau, reformasi berkenaan turut mengenal pasti mekanisme terbaik ke arah melahirkan tenaga pengajar berkualiti dan memenuhi keperluan murid.

"Buat pertama kalinya dalam sejarah sebuah kerajaan kita bersama dengan SPP telah melaksanakan reformasi bagi memastikan bahawa tiada lagi isu berkaitan dengan kekurangan guru di Malaysia dan kita telah menoktahkannya.

Pelbagai mekanisme dilaksana khususnya dalam memastikan bahawa guru yang kita tempatkan dapat memenuhi keperluan anak-anak didik kita," katanya.

Beliau berucap pada Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia KPM (IPGM KPM) kali ke-15 2025, di sini.

Fadhlina turut memaklumkan, permohonan masuk ke IPG juga meningkat setiap tahun dan ia mempamerkan keinginan yang tinggi untuk bergelar pendidik.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN