fb fb fb fb fb

Dua syarikat tangguh kenaikan harga selepas dipanggil KPDN

Foto RTM

PUTRAJAYA, 3 Julai – Dua syarikat pengeluar ais dan pembekal makanan sejuk beku telah bersetuju menangguhkan kenaikan harga produk masing-masing selepas dipanggil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata keputusan itu dicapai selepas wakil kedua-dua syarikat dipanggil bagi memberikan penjelasan kepada pihak kementerian baru-baru ini.

"Jadi setakat ini mereka menangguhkan cadangan awal untuk menaikkan bermula bulan Julai ini ke suatu tarikh yang akan mereka umumkan untuk mereka melihat secara keseluruhan."

"Tetapi menerusi perjumpaan 1 Julai lalu, kedua-dua pihak tidak menyebut SST sebagai alasan kepada kenaikan tersebut dan mereka menyebut antaranya adalah kos operasi", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan Sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke 53 di Putrajaya.

Dalam pada itu, Datuk Armizan turut menegaskan langkah pemantauan dan siasatan secara telus akan diteruskan oleh pihak kementerian bagi menangani sebarang unsur pencatutan dan memastikan pengguna tidak terbeban tanpa asas munasabah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD