Isu kaum dan agama jangan dijadikan modal politik

Politik jangan gadai keharmonian masyarakat majmuk.

KUALA PILAH, 25 Julai – Isu kaum, agama dan budaya tidak seharusnya dijadikan modal politik kerana boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemimpin politik mesti mempertimbangkan sensitiviti masyarakat sebelum membuat kenyataan untuk elakkan tafsiran dan keresahan.
  • Jika niat adalah memperkukuh penyatuan ummah, tidak perlu menyentuh isu etnik, agama, budaya atau latar belakang kaum lain.
  • Kemajmukan rakyat merupakan sunnatullah; hargai kepelbagaian dan jangan gadai keharmonian demi keuntungan politik.
  • Lakukan pendekatan ukhuwah secara baik dalam kempen; kritik tanpa membangkitkan perkara-perkara sensitif.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap pemimpin politik perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan pelbagai tafsiran.

Menurut beliau, sekiranya hasrat Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah untuk memperkukuh penyatuan ummah, isu etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain tidak perlu dibangkitkan.

“Sekiranya hasrat beliau adalah untuk memperkukuh penyatuan ummah, tidak perlulah menyentuh isu etnik, agama, budaya dan latar belakang kaum lain.”

“Saya yakin kemajmukan rakyat di negara ini merupakan sunnatullah yang telah ditentukan. Jika hasrat mereka adalah untuk berkawan, lakukanlah dengan cara yang baik, bukan dengan membangkitkan perkara-perkara lain.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Salam Agrikomoditi di Kuala Pilah.

Kenyataan itu dibuat ketika diminta mengulas ucapan Datuk Seri Muhammad Sanusi dalam satu program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.