fb fb fb fb fb

Isu integriti, rasuah tetap keutamaan kerajaan - Saifuddin

Menteri KDN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024/Foto KDN

KUALA LUMPUR, 3 September - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap menegaskan bahawa isu integriti dan jenayah rasuah dalam kalangan pegawai serta anggota agensi kekal menjadi keutamaan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata meski pun isu itu tidak diangkat sebagai keutamaan pada Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 pada Isnin.

"Kami memberi ruang kepada 800 peserta untuk berbincang dari perspektif masing-masing. Apakah jenayah rasuah dibincangkan dalam persidangan ini? Jawapannya ya, dan ia berkait rapat dengan isu integriti," katanya ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada fahaman radikal kini merupakan ancaman serius kepada negara, Saifuddin menjelaskan bahawa pihak berkuasa, terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk mengatasi isu tersebut.

"Cukuplah jika saya katakan bahawa pasukan polis mampu dan berupaya menangani situasi ini.

"Yang paling penting adalah keyakinan bahawa pasukan polis kita berkemampuan untuk mengawal trend tersebut," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN