fb fb fb fb fb

Isu banjir berulang, SELCAT adakan pendengaran awam 15 Oktober ini

Foto RTM

SHAH ALAM, 3 Oktober - Jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (SELCAT) akan mengadakan pendengaran awam khas mengenai isu bencana banjir di Klang pada 15 Oktober ini.

Ia susulan aduan penduduk setempat yang sentiasa berhadapan dengan situasi banjir berulang setiap tahun.

Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San berkata, pendengaran ini akan tertumpu kepada aspek punca banjir di Klang, peranan Jabatan Pengairan dan Saliran Klang, strategi jangka panjang dan menyeluruh, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta kesiapsiagaan bencana.

"Kita mendapati bahawa memang hasrat penduduk di kawasan yang diduduki di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang dimana setiap kali masalah banjir berlaku dan hujan lebat, mereka berada dalam suatu keadaan truma.

"Hal ini kerana wakil rakyat dan rakyat ini selalu sensitif malah ia amat tertekan sewaktu berlakuknya hujan lebat, jadi kebimbangan yang mendalam ini memerlukan perhatian yang serius serta tindakan bersepadu daripada semua pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

"Sekurang kurangnya untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas dan mendalam kepada rakyat diklang bahawa apakah yang telah dilakukan dan akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini", katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Antara saksi yang akan dipanggil dalam sesi itu termasuk dari Pejabat Tanah dan Daerah Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Orang awam dan pengamal media juga boleh mengikuti perjalanan pendengaran awam berkenaan secara langsung melalui saluran Media Selangor.

Sesi tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang di Wisma Dewan Negeri Selangor.

Trainee