KUALA LUMPUR, 10 Julai -PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang menyentuh isu 3R(Rulers, Religion, Race) semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Datuk G.Suresh Kumar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata siasatan dilakukan bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ini berikutan dakwaan Hadi yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan negara Barat.
"Kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran Facebook Abdul Hadi pada Sabtu lalu dan ia turut diulas dalam artikel yang diterbitkan portal berita pada tarikh yang sama.
Susulan itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini memulakan siasatan terhadap Hadi Awang berhubung isu berkenaan.
Suresh turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses tersebut.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara", katanya.
(Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang/FOTO RTM)