fb fb fb fb fb

Isteri PM dan isteri pemimpin ASEAN lawat reruai pameran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah bersama isteri pemimpin-pemimpin ASEAN melawat pameran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah bersama isteri pemimpin-pemimpin ASEAN melawat pameran sempena Sidang Kemuncak Asean ke-46.

Antara tetamu kehormat ialah Wanita Pertama Filipina, Louise Araneta-Marcos, Isteri Perdana Menteri Singapura, Loo Tze Lui dan Isteri Perdana Menteri Vietnam, Le Thi Bich Tran.

Turut mengiringi, isteri Menteri Luar Malaysia, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Luar Singapura, Joy Balakrishnan, isteri Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datin Dr. Rohamini Sibin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Delegasi dibawa melawat ke pelbagai reruai produk kraf tangan tempatan, agensi kerajaan dan menonton persembahan kebudayaan masyarakat orang asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Program lawatan diakhiri dengan majlis makan tengah hari.

Pameran tersebut menampilkan 36 reruai bertemakan 'The Heritech Malaysia', dibuka kepada delegasi ASEAN bermula semalam hingga hari ini.

Ia turut dibuka kepada umum pada 23 Mei hingga 25 Mei lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM