GAZA, 24 Mei – Asap tebal kelihatan menyelubungi langit Gaza pada Sabtu ketika tentera Israel meneruskan operasi udara dan darat ke atas wilayah itu.
Tentera Israel terus membedil kawasan itu, walaupun tekanan antarabangsa semakin meningkat untuk menghentikan operasi ketenteraan Israel dan membenarkan penghantaran bantuan tanpa halangan.
Menurut laporan agensi antarabangsa, serangan terbaharu ini adalah sebahagian daripada operasi ketenteraan baharu yang dilancarkan Israel sejak 16 Mei lalu, manakala Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada 19 Mei mengumumkan bahawa Israel berhasrat untuk mengambil alih keseluruhan wilayah Gaza.
Serangan berterusan ini berlaku di tengah-tengah amaran pakar antarabangsa mengenai kebuluran besar-besaran akibat kekurangan makanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Operasi ketenteraan Israel telah membunuh lebih 53,600 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.-REUTERS