fb fb fb fb fb

Israel digesa tidak mengambil tindakan balas

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 April- Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pendirian itu diputuskan selepas sesi Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara selama dua hari berturut-turut; bagi membincangkan situasi tegang di Timur Tengah.

"Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

"Setakat ini, perkembangan ini memberikan kesan yang kecil kepada negara. BSKL dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau.

"Kerajaan MADANI akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin. Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama," kata hantaran itu.

Anwar menyifatkan kunci penyelesaian kepada isu itu adalah dengan melakukan gencatan senjata yang berkekalan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Selain itu masyarakat antarabangsa juga diseru memberi tumpuan kepada isu tersebut sebagai kunci penyelesaian serta-merta yang adil terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan di Gaza.

Dalam pada itu, Malaysia turut menghantar sumbangan terbaru sebanyak 100 kontena yang dijadual berlepas pada 27 April 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI