fb fb fb fb fb

KPT terus pantau keadaan pelajar di Asia Barat

Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel/REUTERS

KUALA LUMPUR, 15 April- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau isu pergolakan di Asia Barat membabitkan Iran dan Israel menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai.

KPT dalam kenyataan memaklumkan akan sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Jordan.

Selain itu KPT juga akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk tindakan lanjut termasuk keperluan membawa pulang pelajar dari negara terlibat.

"Pihak berkuasa juga memaklumkan akan penutupan ruang udara di beberapa negara terlibat. KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya termasuk sekiranya ada keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara berkaitan.

"Mengikut rekod semasa pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1872 orang di Jordan, 37 orang di Syria, 8 orang pelajar di Iran dan tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq pada ketika ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun rakyat Malaysia khususnya pelajar di negara berkenaan dinasihatkan untuk terus bertenang, sentiasa berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara itu boleh terus menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran menerusi talian (+9821) 88072444, (+9821) 88078606 atau menerusi e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Bagi kedutaan Malaysia di Amman, Jordan pula boleh terus dihubungi menerusi talian (+962) 6590 2400, (+962) 78590 2400 atau menerusi e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI