fb fb fb fb fb

'Henti main naratif kononnya Islam di negara ini terancam,' - Dr Zulkifli Hasan

FOTO FACEBOOK SENATOR DR. DZULKIFLI HASAN

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- 'Henti main naratif kononnya Islam di negara ini terancam,' tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Dr Zulkifli menegur pihak membuat tuduhan palsu itu dan menjelaskan bahawa apa yang telah dilaksana Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun ini membuktikan Islam di negara ini bahkan semakin subur.

"Ini terbukti dengan Pelan Transformasi Al-Falah, yang menjadi antara dokumen penting memacu pemerkasaan agenda hal ehwal Islam yang digerakkan secara bersama oleh 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," ujarnya menerusi nukilan artikelnya bertajuk 'Islam Terus Subur dan Mekar di Malaysia'.

Tambah Dr Zulkifli, JAKIM bukan satu-satunya agensi di bawah jabatan itu yang dipertanggungjawabkan untuk hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, juga 13 agensi lain.

Ini termasuk antaranya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Justeru, beliau menggesa masyarakat agar memperbetulkan salah faham seolah-oleh hanya JAKIM berperanan dalam hal ehwal Islam.

Selain itu, bukti Islam terus mekar di bawah Kerajaan Perpaduan dapat disaksikan menerusi keseriusan kerajaan memberi pengiktirafan kepada pemerkasaan perundangan Syariah seperti kajian Akta Saraan Hakim Syarie, penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan pewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.

Bagi tujuan pengharmonian undang-undang Sivil dan Syariah dan mengelak pertindihan konflik, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Menggubal Undang-undang Islam ditubuhkan.

Seterusnya, untuk menangani sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama ditubuhkan yang dipengerusi oleh Menteri Perpaduan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Tidak sekadar di peringkat nasional, usaha kerajaan dalam memartabatkan agama Islam turut diiktiraf ulama tersohor dan cendekiawan seluruh dunia menerusi penyuburan majlis ilmu dan perkembangan Islam yang sangat baik.

Ini termasuk Al-Imam al-Akbar Sheikhul Azhar Dr Ahmed Mohammed Ahmed El-Tayeb, Sheikh Ali Jum'ah, Sheikh Ali al-Qaradaghi, dan Sheikh Abu Bakar Ahmad, Yasir Qadhi.

Trainee2