fb fb fb fb fb

Iring kenderaan anak ahli Parlimen, dua polis trafik ditukarkan bahagian pentadbiran

GEORGE TOWN, 9 Mei - Dua anggota polis trafik yang didakwa mengiringi kenderaan awam dipercayai milik seorang anak ahli Parlimen di Jalan Bukit Gambir, Gelugor baru-baru ini ditukarkan ke bahagian pentadbiran buat sementara waktu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan mendapati tiada arahan rasmi daripada pihaknya untuk tugasan tersebut.

Menurut beliau, kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci sedang dijalankan pihaknya.


(Tangkap layar video yang tular di media sosial di mana dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan
yang
didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen)

"Bahawa tiada apa-apa jua arahan dari mana-mana pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tugasan tersebut dilaksanakan. Jadi saya rasa kenyataan media (yang) saya jelas (kan) pada tempoh hari menyatakan bahawa kedua-dua anggota tersebut telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib selesai dilaksanakan," kata beliau.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 20 saat memperlihatkan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

Media Baharu