fb fb fb fb fb

IPIM, sasar warga sekolah hayati sejarah

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) disasar dapat membantu institusi pendidikan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara formal dan tidak formal bersama pelajar.

Program anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu disokong dengan penglibatan 44 buah muzium di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof yang mewakili JMM berkata program sebegitu mampu membantu meningkatkan penghayatan murid dalam bidang sejarah sekali gus memupuk peribadi patriotik dan cintakan negara dalam diri murid-murid.

"Kita melihat ini salah satu usaha dan sebahagian daripada proses perpaduan. Kita mengenal sejarah, budaya dan kehidupan kita diselarikan dengan peristiwa sejarah.

Saya lihat pelajar mula menghayati sejarah secara mendalam contohnya mereka sendiri lakukan perkara yang dibuat oleh keturunannya seperti penghasilan produk sejarah itu sendiri. Saya alu-alukan lebih banyak sekolah mengadakan lawatan untuk menyertai program di muzium ini," kata Azman kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara KPM dan JMM di ibu negara.


(Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof)

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi mewakili KPM berkata beliau yakin program IPIM berupaya memberi sokongan kepada guru dengan kaedah pengajaran mata pelajaran sejarah yang menarik dan efektif menggunakan bahan sejarah nyata.

 

Media Baharu