fb fb fb fb fb

IPD Muallim juara KIK PDRM 2024

Kumpulan KIK Tanjung Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak johan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Polis Diraja Malaysia PDRM 2024

ALOR SETAR, 19 Julai- 'Body Shield Protector' (BSP) bagi menangani orang mabuk dan kurang waras di lapangan muncul johan dalam Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Polis Diraja Malaysia PDRM 2024.

Alat perisai kereta peronda MPV itu dicipta oleh kumpulan KIK Tanjung Malim dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Perak.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan IPD Muallim Asisten Superintenden (ASP) Nor Afizah Md Nasir, alat tersebut tercipta rentetan cabaran oleh Ketua Polis Negara pada tahun lalu kepada unit MPV berkenaan sehingga BSP terhasil pada awal tahun ini.

"Ketika itu kita menggunakan perisai, yang digunakan cawangan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). kita guna bahan yang sama dengan perisai asal iaitu polikarbon.

"...cuma kita ubah saiz dengan berat yang lebih sesuai. Ia supaya mudah dikendalikan oleh anggota bertugas di lapangan," kata Nor Afizah.

Johan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan.

Manakala bagi kategori sama naib johan dimenangi Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis kontinjen Melaka menerusi alat 'Smart Automatic Falling Palte For Parctise Shooting And Competition.'

Manakala tempat ketiga IPD Gua Musang menerusi alat 'The Tyre Gripper.'

Sementara itu kategori penambahbaikan dimenangi oleh Kumpulan CIDC cawangan Khas Bukit Aman.

Naib Johan kategori penambahbaikan pula dimenangi IPD KLIA melalui Sistem E-Buku Lawatan Aplikasi Rondaan Qualitatif  dan tempat ketiga Pusat Latihan Pulapol Polis Langkawi melalui projek  Sistem Pengurusan Kenderaan.

Turut disampaikan anugerah Pertandingan Inovasi PDRM 2024 yang dimenangi oleh Jabatan Logistik IPD Pahang menerusi Projek Inspection Robotic Vehicle.

Hadiah disampaikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keteneraman Awam Datuk  Seri Mohd Kamarudin Md Din sempena majlis sambutan Hari inovasi PDRM 2024 yang diadakan di IPK Kedah yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI