JOHOR BAHRU, 23 Oktober- Tindakan tidak bermoral seorang lelaki berusia 23 tahun mengintai di tandas wanita di sebuah pasaraya di Masai, Johor Bahru mengundang padah apabila dia dicekup orang awam, pagi semalam.
Kejadian yang dirakam itu kemudiannya turut tular dilaman sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya "mengesan video tular berdurasi lebih dua minit itu dan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.00 pagi semalam di Pasaraya Kipmart, Taman Bukit Dahlia, Masai."
Suspek ditangkap orang awam kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut seksyen 377d Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
(Suspek ditangkap oleh orang awam)