fb fb fb fb fb

Institusi hal ehwal Islam perlu bina jaringan komunikasi dengan semua agensi

(Foto Bernama)

BANGI, 2 November- Institusi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri perlu membina jaringan komunikasi, keterlibatan dan persefahaman dalam semua aspek dengan semua agensi.

Keperluan itu, jelas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pengurusan hal ehwal Islam negara yang bersepadu.

Pengurusan hal ehwal Islam berbeza dengan pengurusan biasa kerana peranannya bukan sekadar pentadbiran dan pengurusan malah menjadi sumber rujukan serta panduan dalam bidang keagamaan.

"Kita melihat ciri inklusif ini telah terlaksana dengan baik dalam penentuan hukum hakam yang melibatkan kepakaran pelbagai bidang.

"Permasalahan hukum hakam dan permasalahan agama yang semakin kompleks telah berjaya dirungkai hasil musyawarah dan sifat keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang kontemporari," katanya semasa memberi ucapan Perasmian Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam, di sini hari ini.

(Tan Sri Mohd Zuki Ali)

Para pentadbir agama juga, katanya, perlu terlibat secara aktif dan kelihatan menonjol dalam pelbagai perkara berkaitan pengurusan pentadbiran dan pengurusan masyarakat bagi menyuarakan idea-idea baharu berasaskan pendekatan Maqasid Syariah.

Media Baharu