fb fb fb fb fb

Insiden runtuhan Batu Maung: Notis henti kerja dikeluarkan serta merta

Operasi menyelamat insiden bangunan runtuh di Batu Maung

BATU MAUNG, 29 November - Notis henti kerja (stop work order) pembinaan banggunan logistik di Batu Maung yang runtuh malam tadi telah dikeluarkan serta-merta.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir A Rajendran berkata, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi tadi kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya pihak pemaju tidak melakukan sebarang pelanggaran jadual penugasan para pekerja.

Jelas beliau, kebenaran juga telah diberikan kepada mereka untuk melakukan kerja pembinaan pada waktu malam kerana kawasan tersebut terletak di luar kawasan perumahan.

"Kita telah mengeluarkan notis berhenti kerja serta merta kepada pemaju dan jurutera. Projek ini di landasan yang betul, katanya selepas melawat banggunan yang terlibat dalam insiden runtuhan di Batu Maung.

Katanya, jurutera perunding projek turut berada di tapak projek untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan kerja-kerja menyelamat dan pemulihan.

Setakat ini, empat lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus dan kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan.

ROSLINA BINTI DIN