SUBANG JAYA, 6 April- Memasuki hari keenam pasca kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kelihatan pergerakan agensi-agensi terlibat sejak awal pagi lagi, bagi meneruskan siasatan serta kerja-kerja pembersihan dan pemulihan.
Tinjauan RTM mendapati penduduk setempat yang dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing dilihat memasuki kawasan itu secara berperingkat.
Tumpuan utama hari ini adalah mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah kebakaran, susulan hujan lebat yang berlaku semalam.
Langkah itu bagi memudahkan kerja-kerja penilaian keselamatan disambung semula.
Penilaian keselamatan di kawasan kawah itu dijangka selesai hari ini, dan jika semuanya berjalan lancar, peringkat seterusnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam masa terdekat.
BERITA BERKAITAN:
- Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran
- Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas
- KPT kenal pasti empat pelajar IPT terjejas insiden kebakaran Putra Heights
- Insiden Putra Heights: 272 pegawai agensi terlibat dalam pemeriksaan keselamatan
- Sarawak wartakan koridor gas elak insiden seperti di Putra Heights
- Kebakaran Putra Heights: Selangor, PETRONAS selaraskan bantuan perumahan
- Kebakaran Putra Heights: 308 keluarga layak terima bantuan, agihan bermula Isnin
- Kebakaran Putra Heights: 312 urusan dokumen penduduk terjejas diselesaikan
- Kebakaran Putra Heights: Agong berkenan serah sumbangan peribadi kepada mangsa
- Kebakaran Putra Heights: Tempoh koordinasi bantuan ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor