fb fb fb fb fb

Insiden bom lempar meletup: Polis rakam keterangan saksi

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 26 Jun-Pihak Polis akan merakamkan keterangan saksi kes kemalangan letupan bom lempar yang telah mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran Dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (Instar) di Kem Syed Sirajudin, Gemas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, tindakan tersebut dilakukan bagi melengkapkan siasatan pihak Polis.

Kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai laporan 'Mati Mengejut'.

"Seperti mana laporan yang dikeluarkan oleh pihak Tentera Udara TUDM, pada saya itulah kenyataan rasmi.

"Manakala siasatan daripada pihak PDRM adalah melibatkan kes 'sudden death' ataupun mati mengejut. Saya dimaklumkan pihak TUDM juga melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian", katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen di sini.

Terdahulu, dua anggota TUDM dilaporkan meninggal dunia akibat insiden bom lempar yang berlaku tengahari semalam.

Kedua-dua mangsa masing-masing merupakan jurulatih dan penuntut kursus INSTAR di Pengkalan Udara Sendayan.

Penuntut kursus Instar, Laskar Udara Satu, Mohd. Iqmal Masdi, 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala jurulatih, Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat.


(Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff)

Media Baharu