fb fb fb fb fb

4,331 Maritim Malaysia optimumkan tahap keselamatan negara

PUTRAJAYA, 26 Jun- Seramai 4,331 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengoptimumkan tahap keselamatan maritim negara agar ia tidak dicerobohi dengan kemasukan Bot Nelayan Asing (BNA) dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain turut membendung aktiviti jenayah seperti penyeludupan barangan kontraband dan manusia serta rompakan di laut daripada berlaku.

Pegawai dan anggota bertugas sanggup berjauhan dengan keluarga masing-masing demi menjaga keselamatan perairan negara sempena Aidiladha pada tahun ini.


Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sebanyak 236 aset terdiri daripada 70 kapal, 166 bot dan tujuh pesawat bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan khususnya di kawasan perairan sempadan negara.

Melalui rondaan dan pemantauan yang dilaksanakan ini menunjukkan keseriusan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan maritim negara walaupun ketika rakyat Malaysia sedang meraikan sambutan perayaan.

Saiful Lizan turut menggesa orang ramai agar membantu pihak Maritim Malaysia melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan agar kegiatan yang melanggar undang-undang di laut dapat dibendung.

Untuk rekod, sepanjang enam bulan pertama tahun 2023, Maritim Malaysia telah berjaya menahan 43 BNA, 50 aktiviti penyeludupan serta tangkapan lain tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai hampir RM67 juta.

(Maritim Malaysia semasa operasi di perairan Malaysia)

 

Media Baharu