fb fb fb fb fb

Insiden kepala air: Bekalan air Mualim pulih petang ini

Muhammad Nizar (kanan) semasa meninjau keadaan runtuhan Jambatan Lama Sungai Slim di Jalan Slim River-Behrang Ulu pada Sabtu/Foto BERNAMA

IPOH, 25 Ogos-Masalah bekalan air di daerah Muallim ekoran kejadian kepala air dan empangan pecah dijangka pulih sepenuhnya lewat petang ini.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, setakat semalam lebih 40 peratus kerja pembaikan telah dilakukan.

"Makna kebanyakkan nya tidak terasa pun. Jambatan tu runtuh, paip air pecah, mereka tidak terasa sebab kita ada tangki air yang mencukupi.

"Maknanya dalam masa sehari suntuk itu, dalam tempoh 24 jam itu bekalan itu dapat kita kembalikan. Paip yang pecah semalam sehingga petang pukul tujuh, pukul lapan itu dapat kita perbaiki hampir-hampir 60 peratus sekarang.

"Jadi bekalan itu bukan hanya siap 40 peratus tapi hampir 60 peratus. kalau kerja-kerja itu dapat kita siapkan hari ini, barangkali kita dapat pulihkan sepenuhnya pada petang ini. Insya-Allah", katanya demikian ketika ditemui media pada Program Jelajah Sejahtera Desaku di Padang Taman Lapangan Jaya di sini.

Mengulas pembinaan Jambatan Bailey di Jalan Slim River - Behrang Hulu, Nizar menjelaskan terdapat had berat kenderaan yang akan ditetapkan kelak bagi pengunaan jambatan tersebut.

Larangan akan dikeluarkan kepada kenderaan berat yang melebihi 30 tan sementara keutamaan akan diberikan kepada urusan seharian penduduk setempat antaranya ulang alik bekerja dan persekolahan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD