fb fb fb fb fb

Insentif Rebat Rahmah pengamal media guna pelan prabayar secara sekali beri bulan ini

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 September- Sempena Bulan Kebangsaan 2024, pengamal media yang menggunakan pelan prabayar (prepaid) bakal menikmati Insentif Rebat RAHMAH.

Insentif berkenaan adalah secara sekali beri pada bulan September 2024 bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa bertugas.

Ia terbuka kepada semua pengamal media warganegara Malaysia dan pemegang Kad Perakuan Media dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang aktif.

Pelan prabayar ini bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, Tunetalk, XOX Com dan YTL Communications.

Pengamal media yang layak perlu mengemaskini nombor telefon prabayar dan maklumat lain berkaitan melalui Sistem eMedia JAPEN di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 10 September 2024.

Insentif tersebut bermula 16 September 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE