fb fb fb fb fb

Insentif khas bakal diberi kepada pengusaha restoran Menu Rahmah - KPDN

JOHOR BAHRU, 10 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang berbincang untuk memberikan insentif khas kepada peniaga-peniaga yang menjual Menu Rahmah seluruh negara dalam usaha mengurangkan bebanan sara hidup rakyat.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, antara inisiatif dibincangkan adalah keperluan tambahan kuota pekerja kepada restoran-restoran terlibat.

Selain itu, isu penambahan bekalan bahan mentah kepada pengusaha juga diketengahkan.

Bagaimanapun, pihaknya menyarankan lebih banyak restoran menyertai program Menu Rahmah, sekali gus dapat menampung keperluan restoran-restoran yang menyertainya setakat ini.

Sehingga kini, 31 persatuan restoran melibatkan lebih 12,000 ahli menyatakan minat menyertai program Menu Rahmah.

(Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh)

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan Menu Rahmah di sebuah restoran di Taman Rinting, Masai, di sini.

Pihaknya terus mengalu-alukan penyertaan pengusaha makanan untuk bersama-sama menyambut seruan kerajaan menyertai program Menu Rahmah.

Media Baharu