(Menteri Sumber Manusia menyaksikan majlis menandatangani MoU antara PERKESO dan SESRIC pada Forum IPEF 2023/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kaedah pelaksanaan Insentif Kerjaya Madani akan ditambah baik.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, ia bagi membolehkan lebih ramai pekerja sektor gig dapat menghadiri latihan disediakan.
Beliau berkata usaha itu perlu kerana tahap penyertaan melalui program tersebut, masih rendah, walaupun telah dilancarkan sejak April.
(Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar)
"Kita juga mempunyai pendekatan untuk memastikan bahawa golongan ini mendapat perlindugan dan kita hendak memastikan mereka diberi ruang dan peluang berubah dari sektor gig ke sektor formal.
"Kita juga ada program-program di bawah PERKESO iaitu kerjaya Madani untuk memberi latihan kepada pekerja gig supaya beralih dari indistri gig ke sektor formal", katanya selepas melancarkan Forum Tenaga Buruh Awam Antarabangsa (IPEF) 2023 anjuran PERKSO di Kuala Lumpur.
Tambah beliau, kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig dan usaha untuk membolehkan mereka beralih ke industri formal perlu diberi perhatian serius, selain memastikan mereka mendapat perlindungan sosial.
Insentif Kerjaya Madani menumpukan tiga elemen iaitu Program Daya Kerjaya; Daya Kerjaya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Program Bina Kerjaya.