fb fb fb fb fb

Inisiatif Rahmah tidak perlu pempolitikan

PONTIAN, 24 April- Inisiatif Rahmah diperkenal kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memberi faedah kepada rakyat, khususnya ketika berdepan isu kos sara hidup.

Justeru, isu siapa pencetus idea konsep Rahmah, tidak sepatutnya jadi pertikaian mana-mana parti politik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, "pihaknya tidak ada masalah jika ada parti politik yang mendakwa idea itu milik mereka, selagi rakyat menerima manfaat.

"Jadi saya tidak kisah sesiapa pun untuk menggunakan nama Rahmah. Apa yang penting bagi saya rakyat dapat manfaat, saya rasa isu macam ini macam orang main mercun sepanjang musim perayaan, mungkin ada yang berhibur. Jadi saya anggap ini sebagai gurau senda Aidilfitri," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Tanjung Piai, Pontian.

Sementara itu, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri yang diadakan di enam negeri tidak seharusnya dipolitikkan dan bukan untuk kempen Pilihan Raya Umum negeri.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, setiap Perdana Menteri mempunyai cara sendiri menyantuni rakyat dan kebiasaannya, rumah terbuka Aidilfitri dibuat di kediaman rasmi setiap pagi raya.

Namun, Anwar memilih untuk mengadakannya di luar Kuala Lumpur.

(Salahuddin Ayub)

Media Baharu