ALOR SETAR, 24 April- Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah pada Sabtu ini disambut baik oleh pelbagai pihak.
Rata-rata termasuk kepempinan di peringkat negeri menyifatkan penganjurannya memberi peluang kepada semua rakyat di negeri-negeri menyambutnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, "ada peluang yang baik untuk rakyat berjumpan dengan Perdana Menteri dan anggota kabinet."
Bagi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, "jadi bagi rakyat negeri kedah peluang ini perlu diambil untuk ke Alor Setar pada 29 April, untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali di Kedah merangkap di peringkat nasional. Ini juga merupakan satu petanda yang baik."
Selain itu peniaga Izuan Soleh, "berasa sangat bangga kerana Perdana Menteri akan ke sini pasa Sabtu. Terima kasih kerana datang ke sini dan Kedah menjadi negeri pertama yang akan dilawati."
Program di Hotel Raia akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu Menteri Besar Kedah atau ketua menteri juga akan dijemput selain ahli Jemaah Menteri Persekutuan.
Kebiasaannya Rumah Terbuka peringkat Nasional diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
(Mahdzir Khalid)