KUALA LUMPUR, 23 Julai - Langkah proaktif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut baik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan rakyat dalam pembangunan negara.
Menurut Nga, pengumuman tersebut turut mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara, sekali gus menunjukkan kebajikan rakyat kekal sebagai fokus utama dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.
Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa dengan semangat MADANI dan kesepaduan seluruh rakyat, Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara maju yang stabil, adil dan saksama untuk semua lapisan masyarakat.