fb fb fb fb fb

Inisiatif kreatif Dataran Lobak terus perkukuh semangat patriotisme

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim / Foto RTM

SEREMBAN, 30 Ogos - Dataran Lobak sekali lagi mencuri tumpuan dengan dekorasi bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang memaparkan semangat Malaysia MADANI, menjadikannya antara tarikan utama sempena sambutan tahun ini.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan wajar diteruskan kerana ia bukan sekadar hiasan, tetapi simbol patriotisme dan penghargaan terhadap jasa pejuang kemerdekaan.

Hiasan berunsur patriotik di setiap sudut dataran itu bukan sahaja menceriakan suasana, malah menggambarkan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum. Ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri hadir bagi merasai kemeriahan sambutan.

"Rakyat berpeluang bersama keluarga menyaksikan keindahan pelbagai lambang kemegahan negara termasuk Jalur Gemilang yang dikibarkan, sekali gus menyerlahkan semangat kemerdekaan dan kemeriahan sambutan Hari Malaysia di DUN Lobak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Pendekatan kreatif dekorasi sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Dataran Lobak kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE