fb fb fb fb fb

Inisiatif 'Geng Perpaduan’ komitmen perkukuh perpaduan rakyat

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Inisiatif ‘Geng Perpaduan’ atau ‘GP’ bukti komitmen bukan sahaja dikalangan parti politik yang membentuk Kerajaan perpaduan, malah seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, ia khusus untuk menarik minat golongan muda bersama Pemuda Perpaduan bagi menggerak dan menjayakan agenda perpaduan negara.

"Asas kekuatan sesebuah negara adalah perpaduan di kalangan semua lapisan masyarakatnya, tak kira semua sektor politik, perniagaan, sosial.

"Kalau kita dapat bersatu, Insya-Allah yang lain akan dapat datang dalam rencana kita membangunkan dan membina negara bangsa yang lebih kukuh, yang lebih harmonis dan lebih dari segi kemakmurannya, kesejahteraannya."


(Inisiatif ‘Geng Perpaduan’ (GP) serta Tekad Pemuda Perpaduan dilancarkan pada Konvensyen
Pemuda Perpaduan, sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat
Dagangan Dunia Kuala Lumpur/ Foto BERNAMA)

Beliau menyatakannya kepada media selepas melancarkan GP serta Tekad Pemuda Perpaduan pada Konvensyen Pemuda Perpaduan, sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata konvensyen tersebut menjadi wadah kepada sayap pemuda dan belia setiap parti di bawah payung Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.

Jelasnya, dengan mencari persamaan dan nilai kebersamaan pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala usaha untuk membantu rakyat dapat digarap dengan lebih baik.

Media Baharu