BACHOK, 14 Mei - Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang maut akibat di patuk ular ketika bertugas layak menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sendiri bawah pelan SPS Madani yang dibiayai penuh kerajaan.
Caruman tersebut, sekali gus melayakkan warisnya mendapat faedah orang tanggungan (FOT).
Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, menerusi caruman daripada SPS Madani, waris kepada arwah Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad akan memperoleh bayaran pencen FOT berjumlah RM557 sebulan yang akan dibayar kepada ibu waris sehingga akhir hayat.
"Syukur Alhamdullilah bagi kes arwah ini kita lihat kerajaan begitu memberi penekanan memberi insentif 100 peratus dibiayai oleh kerajaan, jadi suka saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua orang bekerja sendiri di Kelantan supaya masuk PERKESO," kata Nora, di sini.
(Abdul Wahab Rahim ditemui media selepas membuat kunjungan prihatin
ke kediaman keluarga Anggota APM yang maut dalam
kejadian dipatuk ular ketika bertugas pada 7 Mei lalu)
Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM , Timbalan Pesuruhjaya(Tpj) (Pertahanan Awan) Abdul Wahab Rahim.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata, Allahyarham Mohd Idris merupakan seorang anggota APM yang berdedikasi, komited dan terlatih untuk menangkap haiwan berbisa itu.
"15 tahun perkhidmatan mengendalikan lebih daripada beribu kes dilaksanakan dia (arwah) ini antara yang pakar mempunyai pengalaman dalam saya mohon doa semua supaya kami semangat kuat untuk melaksanakan tugas ini," kata Wahab.