fb fb fb fb fb

Peruntukan RM50 juta untuk Celik MADANI - Anwar

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 22 Ogos- Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi inisiatif CELIK MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI untuk tempoh lima tahun.

Inisiatif itu yang menyasarkan pendaftaran 200,000 pelajar setahun melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk vokasional.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim inisiatif itu diperkenalkan bagi meningkatkan celik kewangan dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi platform pelaburan untuk masa depan.

"Dimulakan cara yang realistik yang praktikal, diperkenalkan semua IPTA.. dikembangkan sedikit ke politeknik, vokasional kerana bukan sahaja memberikan dana awal daftar ke universiti atau di kolej terus dimasukkan RM50.. untuk mengalakkan tambah sedikit-sedikit dan disimpan lima tahun tak boleh dikeluarkan.

"Ini disebut kecelikan kewangan, literasi kewangan ini pelaburan kerana kadang-kadang kita anggap remeh hal-hal yang sedemikian.. mustahil kalau dimasukkan RM50 kita tak boleh cari jalan dalam berapa bulan itu masukkan RM50.

"Mudahan-mudahan simpanan tambahan daripada dana asas itu boleh kita galakkan kefahaman tentang apa erti pelaburan jaminan masa depan," katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2024 di Shah Alam.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM