fb fb fb fb fb

Infrastruktur di Segamat, Batu Pahat dan Kluang selamat susulan gempa

Imam Surau Kampung Sanglang, Saniman Abdul Samad, 63, melihat cebisan 'skirting' siling Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap, Segamat yang jatuh akibat gegaran gempa bumi lemah yang berlaku awal pagi, semalam

JOHOR BAHRU, 25 Ogos -Semua infrastruktur di kawasan Segamat, Batu Pahat dan Kluang kekal selamat, susulan gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat dan Yong Peng semalam.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Fazli Salleh dalam kenyataan berkata, hasil pemantauan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di radius lima kilometer dari pusat gegaran mendapati tiada kerosakan dikesan setakat ini.

"Pemeriksaan melibatkan 47 jambatan Jalan Negeri, 14 jambatan dan 10 jejantas Jalan Persekutuan serta tiga empangan utama," katanya menerusi kenyataan itu.

Menurut beliau, JKR Johor akan meneruskan pemantauan berterusan dengan tindakan segera diambil sekiranya terdapat sebarang kerosakan struktur.

TETITIA YUSOFF