fb fb fb fb fb

Industri minyak sawit negara digalak luas perniagaan

KUALA LUMPUR, 25 September- Industri minyak sawit negara digalak meneroka serta memperluas perniagaan ke pasaran berpotensi memberi nilai pasaran lebih tinggi serta bersasar.

Jelas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Siti Aminah Aching, saranan itu bagi memastikan sektor tersebut terus berdaya saing serta kukuh di pasaran luar.

Kementerian juga sentiasa menggalakkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menjamin kemampanan serta meningkatkan nilai tambah produk sawit.

"Oleh itu syarikat-sayarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memfokuskan penyelidikan melalui pembangunan pelbagai produk beorientasikan paasaran bernilai tinggi.

"Supaya perkara itu tidak hanya bergantung kepada minyak sawit mentah untuk merancakkan lagi sektor hiliran sawit selain pembangunan teknologi tempatan yang berdaya maju diutamakan bagi mengurangkan teknologi luaran," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Beberapa inisiatif dirangka Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam mempergiatkan lagi perolehan bernilai tinggi antaranya memperluas pembangunan produk berorientasikan pasaran seperti produk oleokimia dan biobahan.

(Siti Aminah Aching)

Media Baharu