fb fb fb fb fb

Industri buluh sumber ekonomi baharu negara

World Bamboo Day (WBD) 2024 dan Seminar Buluh Kebangsaan di Banting

BANTING, 26 September - Kerajaan sedang perhalusi keperluan menebus guna 420 ribu hektar ladang getah terbiar, untuk dijadikan ladang buluh yang mempunyai nilai komersial tinggi di pasaran dunia.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu berupaya memberi nilai tambah kepada ekonomi dan pendapatan negara pada masa depan, selain meningkatkan penyertaan Malaysia dalam pasaran komoditi berkenaan.

Beliau berkata, industri buluh dianggarkan bernilai US$70.6 bilion pada 2023, dan dijangka meningkat kepada kira-kira US$100 billion pada 2028.

"Dijangkakan dalam masa 5 tahun dia akan meningkat hingga lebih kurang dalam hampir US$100 billion. Jadi tanaman buluh ini, kalau nak nampak betul-betul komersial perlu dibuat dalam skala besar iaitu minimum mesti ada kira-kira 20,000 hektar" katanya.

Tambah beliau, Malaysia mampu menjadi platform untuk industri tanaman tersebut.

Malah terdapat pelabur luar yang menyatakan minat untuk menceburi industri buluh di Malaysia.

Datuk Seri Johari ditemui selepas merasmikan World Bamboo Day (WBD) 2024 serta Seminar Buluh Kebangsaan di Banting, Selangor.

Trainee