(Ros Suryati Alang)
KUALA LUMPUR, 20 September- Kemampanan sektor pertanian perlu diberi tumpuan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
Senator Datin Ros Suryati Alang berkata, pertanian dan industri asas tani perlu diperkukuh bagi memastikan kemandirian dan keterjaminan makanan.
Jelasnya, negara perlu mencari alternatif dalam memastikan rakyat dibantu bagi meringankan kos sara hidup mereka terutama dengan kenaikan harga barangan import ketika ini.
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah kenaikan harga bahan mentah yang meningkat secara mendadak. Bahan mentah pertanian yang diimport kini menjadi lebih mahal. Ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga pada setiap masa.
"Tambahan pula ada pihak yang menangguk di air keruh, mengambil kesempatan di atas keperitan rakyat untuk mengaut keuntungan," katanya pada sidang Dewan Negara di sini.
(FOTO HIASAN)