fb fb fb fb fb

Hartanah: Harga, kenaikan kadar faedah halangan memiliki rumah

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 September- Harga hartanah dan kenaikan kadar faedah antara dua halangan utama bagi bakal pembeli rumah di negara ini.

Kajian sentimen pengguna dilaksana portal PropertyGuru juga mendapati 50 peratus pengguna Malaysia tidak mampu membeli rumah tanpa intervensi kerajaan.

Hal ini menyebabkan pengguna beralih ke strategi mengikut kemampuan seperti memupuk tabiat menyimpan atau mempertimbangkan rumah yang lebih mampu milik.

Kajian juga mendapati, bakal pembeli rumah sanggup melepaskan kemudahan tertentu untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Pengurus Negara bagi Malaysia, PropertyGuru dan iProperty, Sheldon Fenandez mencadangkan perlu wujud satu sistem berpusat data berkaitan perumahan bagi memudahkan kerajaan merangka dasar berkaitan perumahan negara.

"Saya berharap akan ada berita baik berkaitan dasar gaji progresif yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024 kerana ia berupaya menjadi pemangkin kepada rakyat memiliki rumah sendiri," katanya pada sesi taklimat dapatan kaji selidik sentimen pengguna di sini.

Kajian melibatkan 1,000 responden seluruh negara itu turut mendapati 56 peratus responden masih berminat untuk memiliki rumah disebalik cabaran ekonomi semasa.

Halangan pembelian lain termasuk kebimbangan tentang kemelesetan ekonomi, selain ketidakupayaan untuk mendapatkan pinjaman.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu